Bersama Dato' Ust Tuan Ibrahim Tuan Man mengiringi peneroka
felda menyerahkan memorandum bantahan kepada Pengawal Wilayah Jengka, Dato'
Shaari Din pagi ini.
Felda akan menguatkuasakan wang tahanan 20% kepada peneroka
yang menjual hasil ke kilang sawit mulai Jun ini. Ia bertujuan memudahkan Felda
menolak hutang peneroka seperti Kos Tanam Semula, pinjaman rumah dan lain lain.
Perbincangan dengan Dato' Shaari Din memperakukan status
peneroka yang berbeza. Ada peneroka yang tiada langsung hutang dengan felda kerana
mereka urus kebun secara persendirian dari awal. Potongan sekitar RM50-100
boleh dikenakan merangkumi bayaran JKKK, khairat, jalan pertanian dan insuran
ladang.
Ada peneroka yang asalnya serah felda, kemudiannya ambil semula
pengurusan. Mereka ada baki kos tanam semula dan pinjaman perumahan.
Ngo ANAK ambil inisiatif untuk listkan nama2 peneroka
mengikut kategori dan serah semula kepada Pengurus Felda ditempat masing masing
dalam masa terdekat. Jangan ' borong' semua peneroka dikenakan tahanan 20%. Kontroversi
timbul kerana surat pekeliling yang dikeluarkan sesetengah Pengurus Felda
mengelirukan dan diakui sendiri oleh Dato' Shaari Din. Petang ini beliau akan
mengadakan pertemuan dengan pengurus2 Felda bagi menyelaraskan tindakan.
Saya agak terkilan dengan persepsi negatif Dato' Shaari Din.
Beliau menganggap kehadiran saya dan Dato' Tuan Ibrahim mencampuri urusan Felda
dan kononnya ada kepentingan politik. Sepatutnya, sesuatu peraturan di buat
dengan teliti. Di bawa berbincang terlebih dahulu. Pengurus Felda jangan ego
dengan arahan di peringkat HQ Felda. Bila arahan di muktamadkan tanpa mengambil
kira hujah peneroka, rasa tidak puashati pasti berlaku. Ini bukan cerita 20-30
tahun dulu, di mana peneroka mesti jadi pak turut semata mata.
Sepatutnya pengurusan Felda ucap terimakasih kepada Ngo ANAK
kerana kita menjadi orang tengah untuk selesaikan masalah. Jika tidak, macam
macam boleh berlaku; nama baik Felda terus tercalar sampai bila bila. Adalah
kolot jika mereka buat 'musuh' kepada pihak yang ingin membantu dan menjalinkan
kerjasama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan