Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan gah
mengumumkan harga baharu rumah untuk generasi kedua Felda yang boleh dibeli
dengan harga antara RM60,000 hingga RM70,000 seunit.
Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.
Najib berkata sebelum ini di bawah Program Perumahan Generasi Kedua Felda, beliau telah mengumumkan penurunan harga rumah dari RM120,000 kepada RM90,000 untuk pembinaan kira-kira 20,000 unit rumah untuk generasi kedua peneroka.
“Pada masa akan datang, kita akan bina lebih banyak rumah
dalam lingkungan RM60,000 ke RM70,000, kita kurangkan sedikit bahan dan reka
bentuk daripada 1,100 kaki persegi kepada 850 kaki persegi, yang mustahak rumah
mampu disewa dan dibeli generasi kedua Felda,” katanya ketika berucap
merasmikan majlis sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2015
bertema “Mensyukuri Nikmat” di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Gong Badak.
Ucapan ini turut di siarkan oleh hampir semua akhbar arus
perdana dan Bernama. Beliau juga pernah mengumunkan penurunan harga PGBF ini
ketika saat akhir tempoh berkempen PRK Rompin apabila menyedari sokongan anak
muda generasi baharu Felda mula kendur.
Berdasarkan semakan dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010 dengan jelas apa yang diucapkan Perdana Menteri itu satu pembohongan besar.
Berdasarkan semakan dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010 dengan jelas apa yang diucapkan Perdana Menteri itu satu pembohongan besar.
Menurut catatan laporan ini, Projek perumahan ini kenali ‘
Program Perumahan Warga Felda ( PWF ) kini ditukar Program Perumahan Generasi
Baharu Felda ( PGBF ) mengariskan konsep dan dasar, objektif penubuhan PWF,
pembiayaan Projek, kompenan dan spesifikasi rumah serta pembiayaan bagi
pembelian rumah.
Harga yang telah didasarkan bagi rumah Kos Rendah ( 3 bilik
) hanyalah antara RM35,000/RM45,000 manakala Rumah Kos Sederhana Rendah (3
bilik) berharga RM60,000/RM75,000.
Berdasarkan laporan ini, dengan jelas Felda telah
manipulasikan harga rumah ini sebelum diumumkan penurunannya semasa kempen PRK
Rompin bagi menjaga undi warga Felda di 14 tanah rancangan di kawasan PRK ini.
Sebelum ini Felda menetapkan harga sekitar RM120,000/
RM125,000 seunit bagi program PGBF dan menimbulkan keluh resah anak peneroka
Felda untuk memilikinya.
Perbezaan harga yang sangat ketara sehingga mencecah
RM50,000 seunit adalah sangat mengejutkan. Jika keluasan asal 780kps ( rujuk
keluasan cadangan) dibesarkan sedikit kepada 1100kps (keluasan yang sedang
dibina ) dan kenaikan harga bahan binaan sebelum GST, masih tidak munasabah.
Kaedah kelayakan pembeli juga menimbulkan masalah besar
kepada anak peneroka felda apabila mereka tidak layak mendapat pinjaman
kerajaan dan juga institusi kewangan seperti bank.
Pengerusi Felda sebelum ini pernah mengumumkan penangguhan
PGBF kerana ingin mengenal pasti kaedah penjualan unit kepada anak peneroka
generasi 2&3 Felda.
Sekali lagi anak peneroka Felda dibohongi, setelah disemak
dalam buku laporan Dasar-dasar Felda 2010, dengan jelas Felda telah mengariskan
kaedah pembelian rumah.
Dalam laporan ini, tiga kaedah dinyatakan dengan jelas:
a ) Pembelian Secara Tunai
b) Pinjaman Perumahan
c) Pembelian Secara Sewa Beli.
Persoalan kenapa baru sekarang 2015 Perdana Menteri menyebut
diperkenalkan kaedah sewa beli?
Apa yang lebih malang dan menyedihkan projek PGBF ini banyak
yang terbengkalai. Tidak semua 8570 unit daripada 20,000 unit dengan peruntukan
RM1.4 billion berjalan mengikut jadual.
Bermacam masalah yang pihak kami dimaklumkan dan ada yang
sudah kami dedahkan beberapa projek sakit terutama di Pahang.
Walaupun Pengerusi Felda telah berjanji untuk memastikan
Felda menyiapkan 20,000 unit buah rumah PGBF menjelang 2018 seperti dalam
ucapan beliau dalam satu Majlis di Tanjung Malim pada 06 Oktober 2015 baru-baru
ini, Kami masih sangsi.
NARAZA MUDA
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 Oktober 2015 / 08 Muharam 1437
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat
21 Oktober 2015 / 08 Muharam 1437
Tiada ulasan:
Catat Ulasan