INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Sabtu, Februari 06, 2016

KENAPA ISA SAMAD PAKSA FIC, SETELAH FGV TOLAK PEMBELIAN 37 PERATUS KEPENTINGAN EHP ?


KUALA TERENGGANU - Setelah pemegang saham FGV mengkritik hebat pembelian 37 peratus saham PT Eagle High Plantations, Pengerusi Felda dilihat cuba menyakinkan FELDA untuk meneruskan rundingan ini melalui Felda Investment Corporation  (FIC).

Awal Disember lalu beberapa laporan akbar dan BERNAMA melaporkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Marvani Abdullah mengumumkan penamatan cadangan pemilikan EHP yang bernilai RM2.55billion.

Menurut Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas, Naraza Muda, beliau mendapat maklumat dalaman terdapat desakan daripada pemegang saham FGV yang mengkritik pembelian ini kerana harga terlalu mahal.

" Pembelian ini digambarkan akan mengukuhkan kedudukan FGV dalam perladangan sawit dan gula, tetapi saham FGV terus menjunam sehingga ke paras terendah tahun lalu.

" Tan Sri Isa Abdul Samad cuba memaksa FIC pula untuk meneruskan rundingan ini. Mungkin dari segi jumlah sahamnya sedikit berbeza daripada perjanjian sebelum ini.

" Kenapa perlu teruskan pembelian ini jika sudah ada bantahan dari pemegang saham FGV? Kenapa nak heret Felda pula? Macam ada sesuatu yang tidak kena dengan pembelian ini" ujar beliau lagi.

Beliau juga mendesak agar pihak berkaitan seperti MITI dan Menteri berkaitan campur tangan dalam hal ini. Ahli Parlimen Malaysia baik dari kerajaan dan pembangkang juga perlu bawa hal ini ke sidang parlimen terdekat. Menurut nya lagi, pembelian waktu ini sangat tidak sesuai kerana nilai mata wang ringgit berada dalam keadaan tidak stabil.

Menurut beliau lagi, Hal Ehwal Felda Pas sedang berusaha menemui pihak pengurusan Felda dalam masa terdekat setelah mengumpul maklumat berkaitan dari beberapa pihak untuk memberi cadangan pembatalan urusniaga ini.

Oleh : Adli Mohamad
http://www.buletinonline.net/v7/index.php/mengapa-isa-samad-paksa-fic-setelah-fgv-tolak-pembelian-37-peratus-kepentingan-ehp/

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

zulahmad77 berkata...

dah terima derma kot ...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong