INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Selasa, April 12, 2016

Langkah FGV Batal Urusniaga RM976 Juta Adalah Tepat


Oleh: Naraza Muda
Keputusan terbaru ini dilihat satu langkah yang betul apabila pihak pengurusan yang baharu membatalkan rancangan Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) untuk membeli pegangan 55 peratus dalam Zhong Ling Nutri - Oil Holdings Ltd bernilai RM976.25 juta.
Kami ( PAS ) menyambut baik Keputusan untuk menamatkan perjanjian pembelian saham ini. Sebelum ini bekas CEO KPF, Datuk Sarchu Sawal telah memberi pandangan mengenai urusniaga ini dan risiko kerugian bakal dihadapi FGV jika hasrat ini diteruskan buat masa ini berdasarkan iklim ekonomi semasa. Beliau juga Pengarah Jabatan Hal Ehwal Felda Pas.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan yang baharu dilantik awal bulan ini, Datuk Zakaria Arshad memaklumkan pembatalan ini kepada media pada 8 April lalu dan dilaporkan oleh BERNAMA.
Kami bersetuju jika uruniaga ini dibuat dengan bersandarkan laporan pakar dan melalui proses ketelusan yang tinggi bagi memberi jaminan kepentingan pelabur dan peneroka Felda secara tidak langsung.
Pada 26 Feb, FGV melalui anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd, mencadangkan untuk membeli 81.57 juta saham biasa dalam Zhong Ling dan vendor lain bernilai RM976.25 juta. Cadangan pembelian itu dijangka selesai menjelang suku pertama tahun ini.
Kami juga mahu FGV menumpukan pelaburan teras dan mengurangkan pelaburan di luar negara. Tumpuan harus diberikan kepada dalam negara sendiri agar manfaat langsung dapat dirasai oleh rakyat sendiri.
FGV juga perlu memberi penjelasan dakwaan kerugian operasi di sektor perladangan yang mencatatkan kerugian dalam tahun 2015. Laporan keuntungan RM117 juta itu adalah sumbangan daripada MSM (gula) dan perniagaan bukan teras lain.
Langkah berwaspada dan berhati-hati perlu diamalkan oleh FGV yang telah mencatatkan kejatuhan harga saham FGV di BSKL tidak terus menimbulkan persepsi negetif di kalangan rakyat. Unjuran harga semasa saham FGV yang tidak melepasi separuh harga IPO RM4.55 bagi saham koperat cukup memberi kesan negetif kepada negara dan pelabur. Dengan harga semasa minggu ini sekitar RM1.50 sesaham apakah boleh kita katakan kedudukan ini baik?
- Pengerusi Hal Ehwal Felda Pas.
12 April 2016

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong