INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Ogos 22, 2016

UCAPAN NARAZA DALAM ISU FELDA DI KONGRES RAKYAT TERENGGANU

Ucapan Kluster Pembangunan Tanah & Felda.

Assalamualaikum Ybg. Tuan Speaker Kongres Rakyat Terengganu serta seluruh peserta Kongres.

1.   Di Terengganu ada 21 tanah rancangan Felda  yang melibatkan 7463 peneroka dan sehinggan rekod 2013 86,237 warga felda seluruh Terengganu telah dicatat. Ada beberapa isu teras yang sudah lama melingkari mereka. Felda pertama di Terengganu yang dibuka seawal kemerdekaan negara dengan 403 peneroka, dan Felda paling bongsu ialah Felda Selasih dengan 150 peneroka. Sehingga hari ini hanya tinggal sekitar 15 orang sahaja peneroka asal yang masih hidup di Felda Chalok Rahmat.

HUTANG
Hutang peneroka terhadap Felda sekarang sudah melebihi RM100ribu, sesetengah peneroka. Tiada Penyata TERPERINCIL dikemukan sehingga kini walaupun ada Felda sudah memasuki proses tanam semula kali kedua. Hutang mereka  hanya sekadar makluman secara kasar . Masalah ini bukan sahaja di Terengganu, bahkan melibatkan 112, 635 peneroka seluruh negara.

Kami tidak mahu mereka peneroka yang sebahagian besarnya sudah bergelar warga emas akan meninggalkan hutang ratusan ribu setelah ketiadaan mereka. Hutang peneroka akan diwarisi generasi seterusnya.

Masalah ini lebih parah apabila mereka memasuki proses tanam kedua. Menurut taklimat perjanjian tanam kali kedua peneroka Felda akan menanggung kos tanam, sara hidup dan pendahuluan hasil sehingga tahun ke lapan bermula dari pokok ditebang berjumlah RM169,900. Cuba bayangkan jika hutang sekarang sudah mencecah RM100ribu, tidak mustahil bila mana mereka sampai pada tutup kira-kira tahun ke 8 tanam kali kedua, hutang boleh mencecah hampir RM300,000 jika penghasilan BTB mereka tidak seperti yang diharapkan.

Justeru itu kami mencadangkan Kongres Rakyat Terengganu yang bersidang Hari ini mendesak Felda dan kerajaan Pusat,  mengkaji semula permasalahan Hutang yang melingkari peneroka Felda.

2. PERUMAHAN GENERASI KEDUA
Perumahan Generasi kedua yang sangat mendesak di kalangan anak peneroka di Terengganu terus menjadi tanda tanya dikalangan mereka. Sehingga hari ini masalah di masih menjadi permainan politik.

Felda Terengganu terus dianak tirikan. Peruntukan RM 1.4 bilion untuk kerajaan membina 20,000 perumahan Generasi Felda seluruh negara menjelang tahun 2017 bagaikan tidak menjadi kenyataan seperti mana janji terbaharu Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Terengganu masih tiada satu projek pun yang selesai pembinaanya seperti yang dijanjikan, apatah lagi untuk mengagihkannya.

Pembinaan projek perumahan di Felda Neram 1 yang diluluskan sejak 2010 dan dibina setahun selepas itu masih lagi gagal disiapkan sehingga sekarang walaupun pembinaannya di dijangka hanya mengambil masa setahun sehaja. Tinjauan terakhir kami pada awal ogos lalu masih lagi belum siap dan tidak mungkin boleh diagihkan bulan September ini sepertimana berita tersebar.

PGBF di Felda Kertih 5, sebanyak 300 unit yang juga mengalami masalah kelewatan dan kerja-kerja pembinaan yang sangat perlahan. Semasa kami meninjau ditapak pembinaan ini, hanya ada 3 orang pekerja sahaja.

Projek di Felda Bukit Bading. Dirasmikan pecah tanah pada 29 Mei 2012 oleh Menteri Besar Terengganu ketika ( lihat gambar ) sehingga ke hari ini, 98 unit yang di janjikan hanyalah semak samun mengantikan rumah.

Projek yang sama di Felda Chalok Rahmat, hanyalah Tinggal tanah kosong .

Projek di Felda Chalok Barat, sekarang ini rumput dan lalang menjadi penghuni di tapak , walhal papan tanda dipasang dan kerja awal tanah telah dilakukan.

Projek perumahan di Felda Tenang yang dikenali projek sentuhan kasih juga mengalami nasib yang sama Telah dibuat Majlis pecah tanah melibatkan kos yang besar, di angkut seluruh pemimpin Felda Pusat turun dan gilang gemilang di lancarkan projek ini...sudah ada kontena pejabat projek, kontarktor sudah membawa peralatan pembinaan....akhirnya bukan sahaja rumah tidak kelihatan, dengan kontena pejabat projek sekali sudah hilang.

Justeru itu,Kami mendesak Kongres Rakyat yang bersidang hari ini agar mendesak kerajaan negeri  supaya menggunakan apa jua saluran agar perumahan anak generasi kedua Felda tidak hanya menjadi tatapan pada papan tanda sahaja, namun ianya hendaklah dilaksanakan dengan penuh tanggunjawab dan bukan retorik.

Perlu ada pelan penyelesaian segera, janganlah hanya tiba piliharaya sekali lagi di angkut peralatan dan pembahagian borang menjadi umpan bilamana piliha raya umum menjelang.


3. ISU PENCEROBOHAN KHAZANAH HUTAN SIMPAN OLEH PEMIMPIN KERAJAAN SENDIRI.
saya merujuk kepada ketua juruaudit negara bagi negeri Terengganu 2014.


1.4.3. Kelulusan Melombong Di Kawasan Hutan Simpan Kekal


1.4.3.2. Pengauditan yang dijalankan mendapati tanah seluas 2,553.2 hektar (6,309.08 ekar) di kawasan Bukit Betung, Bukit Batu Tiga, Bukit Puteri dan Bukit Besi, Mukim Jerangau, Daerah Dungun yang terletak dalam kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK)
Besul Tambahan telah diluluskan untuk pajakan melombong bijih besi kepada Lembaga
Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu pada tahun 2012 .

Bagaimanapun, semakan Audit mendapati permohonan ini tidak disertakan dengan kajian
prakebolehlaksanaan seperti yang ditetapkan oleh Seksyen 63(2) EMT 2002 dan Laporan
EIA masih belum dikemukakan.

1.4.3.3. Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengeluarkan lesen
pengeluaran kayu balak bagi kawasan tersebut yang terletak dalam 6 kompartmen
dengan keluasan 2,077.54 hektar bagi tempoh 16 Mac 2014 hingga 15 Mac 2015.
Manakala proses tender dan penganugerahan kerja pembalakan kepada syarikat yang
berjaya dilaksanakan oleh pemegang konsesi bagi HSK berkenaan. Semakan dan
lawatan Audit mendapati kerja-kerja pembalakan yang dijalankan oleh 6 syarikat yang
dilantik telah selesai dijalankan seperti di Jadual 1.17.

1.4.3.1. Mengikut Seksyen 12 dan 13 Akta Perhutanan Negara 1984, hutan simpan
hendaklah dipelihara bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

Sebarang pembebasan kawasan hutan simpan perlu diganti dan diwartakan. Apa-apa aktiviti yang menjejaskan hutan simpan adalah dilarang.

Selain itu, di bawah Aktiviti 11(a), Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan) (Penilaian Kesan Kepada Alam Sekitar) 1987 dan tertakluk kepada Seksyen 34A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA) hendaklah dikemukakan bagi aktiviti perlombongan dengan keluasan melebihi 250 hektar.


1.4.3.5. MAKLUM BALAS PTG BERTARIKH 14 SEP. 2015, MENYATAKAN PENGARAH JABATAN PERHUTANAN TELAH MENCADANGKAN AGAR KAWASAN BERKENAN TIDAK DIWARTAKAN KELUAR DAEI KAWASAN HKS WALAUPUN KUTUSAN MMKN BERTARIKH 25 JULAI 2012 MELUKUSKAN TANAH INI UNTUK DIKELUARKAN DARIPADA KAWASAN HSK BESUL.

1.4.3.7. MAKLUM BALAS JAS BERTARIKH 19 OKTOBER 2015, MENYATAKAN PIHAKNYANTIDAK MENYOKONG SEBARANG PERMOHONAN PERLOMBONGAAN  DI KAWASAN HSK YANG DIKELUARKAN OLEH PTG . AKTIVITI PERLOMBONGAN TANPA SEBARANG LANGKAH KAWALAN DI KAWASAN HSK BOLEH MENYEBABKAN BERLAKUNYA GANGGUAN TERHADAP SPESIES FLORA DAN FAUNA YANG BERNILAI DAN MENCEMARKAN AIR SUNGAI YANG BERHAMPIRAN . JAS JUGA MASIH BELUM MENERIMA LAPORAN EIA BAGI PERLOMBONGAN TERSEBUT.

Justeru itu kami mendesak Kongres Rakyat hari ini agar dibuat satu laporan rasmi kepada Polis dan SPRM untuk menyiasat siapakah pemimpin kerajaan negeri yang mengenepikan cadangan dari Pengarah perhutanan dan JAS sehinggakan semua balak dibawa keluar dengan cara melanggar peraturan ini.

Sekian Saya bentangkan isu kluster Pembangunan Tanah dan Felda buat seluruh peserta Kongres dan Rakyat Terengganu untuk menilai kerakusan pemerintahan sekarang.

Kluster Pembangunan Tanah. Mohon mencadang.

Naraza Muda
20 Ogos 2016
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong