INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Ogos 29, 2016

*WARGA FELDA PERLU DESAK 54 AHLI PARLIMEN MEREKA MENYOKONG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG 355*



*WARGA FELDA PERLU DESAK 54 AHLI PARLIMEN MEREKA MENYOKONG PINDAAN RANG UNDANG-UNDANG 355*

Ini soal memartabatkan agama Islam. Justeru itu warga Felda yang berada di 54 Kawasan Parlimen seluruh negara, sebahagian besarnya adalah orang melayu dan beragama Islam perlu nyatakan sokongan agar Ahli Parlimen yang mereka undi semasa PRU13 lalu menyokong pindaan akta ini.

Kebersamaan dalam hal ini sangat perlu agar warga Felda terus untuh, kekal keharmonian dan mendapat redho Allah. Undi kita kepada mereka sewajarnya kita gunakan dengan menyatakan harapan kita. Tidak sedikit pun memberi keuntungan kepada mana-mana parti. Ini soal hukuman menurut syariat Allah.

Pindaan ini bukan pertama kali berlaku, Parlimen Malaysia pernah meminda akta ini pada tahun 1984 dan juga tahun 1989. Jadi kenapa untuk pindaan 2016 ini perlu ada berbelah bahagi, tidak bersetuju,  bahkan menentangnya?

Kita kena sedar kedudukan Ahli Parlimen yang beragama Islam hanya tinggal 135 orang sahaja daripada 222 kerusi yang mewakili berbagai kompenen parti politik. Kita mesti mengambil ruang dan peluang ini agar kita bersama-sama mendokong untuk memartabatkan perundangan  Islam.

Pindaan ini bukan pindaan Rang Undang-Undang Hudud sepertimana disalah taksirkan oleh segelintir orang, juga bukan  Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan atau Enakmen Qisas, Hudud dan Takzir Terengganu.

Pindaan itu bakal  meletakkan Mahkamah Syariah lebih tinggi dan tidak seperti sekarang seperti terhina  kerana mempunyai bidang kuasa yang sangat rendah berbanding mahkamah lain.

Cuba kita bandingkan  kuasa hukuman jenayah dimiliki Mahkamah Majistret iaitu 5 tahun penjara, RM10,000 denda dan 12 rotan, sedangkan Ketua Hakim Syarie di Mahkmah Tinggi Syariah hanya mempunyai kuasa 3 tahun penjara, RM5,000 denda dan 6 sebatan.

Kita warga Felda yang beragama Islam perlu memastikan Ahli Yang Berhormat kita semua melaksanakan satu lagi usaha yang boleh memperkukuhkan Mahkamah Syariah kita.

Beruntunglah Pengundi Parlimen Termeloh, Parlimen Dungun dan Parlimen Kuala Nerus kerana Ahli-Ahli Parlimen ini sudah pasti akan menyokong dan mengundi bila bacaan Pindaan Rang Undang-Undang dibentang di Parlimen pada Oktober ini.

Justeru itu, kepada seluruh warga pengundi Felda di 51 kawasan Parlimen yang lain dapat memastikan  wakil mereka dapat melaksanakan sokongan dari harapan kita umat Islam warga Felda. Sampaikanlah dengan apa jua cara kepada Ahli Yang Berhormat kita, berjumpa mereka, nyatakan hasrat dan kewajipan tugasan mereka agar usaha kita semua menjadi saksi di hari perkiraan amalan kita nanti.


Sekian.
Naraza Muda
Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat.
29 Ogos 2016 / 25 Zulkaedah 1437
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong