INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Februari 13, 2017

SEPATUTNYA FELDA DAN PENEROKA SENANG

 Otai-otai Felda bersidang, isunya sudah tentu berkaitan kepiluan rasa di hati bila melihat usaha mereka di musnahkan oleh tangan-tangan yang berkuasa masa kini.

50 tahun pertama yang asalnya susah jerih membina warga Felda dan melihat dan merasai hasil penat lelah dengan kejayaan yang di buktikan.

Perkongsian usaha warga petugas, warga peneroka dan tak lupa kontraktor berwibawa telah membina legasi pembukaan tanah 2 juta ekar dan penempatan peneroka seramai 112, 326 keluarga dengan 313 rancangan yang berpeneroka ( jika tak silap). Projek mega dalam pembangunan tanah di dunia pada masa itu.

Atas usaha jerih warga Felda ( petugas dan peneroka) telah di fikirkan juga pembahagian hasil limpahan ekonomi dari pelbagai projek huluan dan hiliran yg datangnya dari kegiatan pertanian ini agar ia dapat di kongsi bersama dan sentiasa berada dalam kitaran warga Felda.

Maka di susun sebegitu cantik oleh arkiteknya Raja Muhammah Alias, iaitu Felda dgn kegiatan sosio-ekonomi, Syk kumpulan Felda di terajui oleh FHB dengan kegiatan bisnesnya dan Koperasi Permodalan Felda sebagai badan pelaburan di mana tabungan di kumpul dari keluarga peneroka, keluarga petugas dan institusi yg di tubuhkan oleh kedua kumpulan keluarga tersebut.

Di atas keperihatinan DS Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan pada masa itu kepada warga peneroka, beliau mensyaratkan untuk KPF menguasai ekuiti FHB 51% pegangan dan Felda 49 %, pecahan tabungan kumpulan peneroka di dalam KPF hendaklah 80% dan warga petugas sebanyak 20%.

Justeru itu kumpulan peneroka telah menguasai syarikat kumpulan Felda dan wakil-wakil peneroka berada sebai board dalam semua syarikat kumpulan Felda. Bermula dari itu kenuntungan syarikat2 Felda telah di agihkan kepada KPF dan KPF tanpa gagal telah membayar dividen lebih 10% tiap-tiap tahun dan paling tinggi 18% setahun. KPF memperoleh pendapatan tahunan sekitar 60% hingga 70% dari agihan dividen syarikat kumpulan Felda.

Bagi memperkemaskan lagi Felda, Tun Mahathir telah menganugerah tanah-tanah yg tidak di tempatkan peneroka kepada Felda dengan bayaran premium sebanyak RM500 se ekar. Dengan tanah ini Felda tlh membangunkan ladang dan kerajaan tidak perlu membiayai Felda lagi. Felda menggunakan hasil ladang untuk membiayai kegiatan sosio-ekonomi peneroka.

Tapi sayangnya episod 50 tahun pertama telah berakhir dan di ikuti oleh 50 tahun kedua. Sepatutnya 50 tahun kedua ini, limpahan ekonomi kepada warga peneroka semakin bertambah.

Sepatutnya Tanam semula kebun mereka boleh di subsidi oleh Felda. Dividen KPF sepatutnya kalau tak sama seperti dulu, ia lebih baik lagi. Warga peneroka sepatutnya bebas hutang. Kegiatan ekonominya sepatutnya lebih berkembang maju. Alasannya mudah, kepakaran Felda telah bertambah baik sepatutnya. Bertambah-tambah lagi bilangan warga peneroka menjadi board syarikat kumpulan Felda.

Tapi sayang beribu kali sayang. Apabila arkited baru ambil alih, kejayaan sebelum ini hancur berderai, ibarat daun kering berguguran. Peneroka telah di belenggu pelbagai hutang, hutang tanan semula, hutang saham FGV, hutang sara hidup dan lain-lain hutang lagi. Sepatutnya apabila negara menuju kearah Negara Maju, peneroka iaitu warga istimewa dalam program pembangunan tanah kerajaan, sepatutnya warga yang bebas hutang dan di lihat sebagai warga contoh bagi masyarakat luar bandar lainnya.

Salah siapa. Tepuk dada sendirilah ya.

Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

itu kalau sepatutnya...tapi banyak yg tidak patut berlaku dlm pengurusan felda. yg terang2 pencuru dilantik jd org besar felda...terang2 curi duit felda tak kena tangkap pun... itu tak masuk lagi cerita baja, anak benih, racun, tipu gred buah yang telah berpuluh tahun dihadapi oleh peneroka... pemimpin melayu hanya pandai bercakap..ugut peneroka...yg nak tanam semula d pulaukan dan d cop sbg penentang..walhal felda patut bg galakkan utk peneroka berdikari... ini semua berpunca dari sikap tamak dan tidak amanah kpd bangsa sendiri...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong