Ladang peneroka yang selama ini yang tidak ada pembelaan dan isu ini dibawa kembali oleh Generasi muda dalam felda sendiri..
Generasi yang akan memangkin masa depan Negara.
Assalammualaikum
Tan Sri / Dato Sri/ Dato/ Tuan dan Puan.
Aduan Peneroka berkaitan kemusnahan ladang akibat pasir dan selut.
*Butiran Pengadu*
Nama : Wan Ngah Bin Husin
Alamat: No. 291 FELDA Sungai Panching Selatan
Telefon: +60148381820(anak)
Mukim : Kuala Kuantan
Negeri: Pahang
Wilayah Felda : Wilayah Kuantan
*Aduan*
Wakil Sgk2f Pahang telah turun melawat ke ladang pengadu sebanyak 3 kali untuk melihat sendiri kemusnahan ladang seperti yang diadukan.
Untuk pengetahuan tuan, kemusnahan ini bermula pada tahun 2002/03 sehingga kini disebabkan aktiviti 2(Dua) buah kuari batu yg terletak berhampiran ladang pengadu. Oleh kerana ladang milik pengadu 99% dikawasan lembah maka setiap kali hujan pasir dan lumpur masuk kekebun milik beliau. Longkang yg digali oleh pihak felda juga tidak dapat menampung aliran air dan menyebabkan banyak sampah sarap tersumbat di culvert.
Keadaan ini sudah berlaku hampir 15 tahun tiada jalan penyelesaian dan 3 pengurus sebelum ini seolah2 tidak dpt memberi solution terhadap masalah ini.
Struktur tanah berlapis lapis dengan pasir dan lumpur menyebabkan pokok sawit mati hampir 75-80%. Pendapatan peneroka jga semakin hari semakin terjejas sehinggakan mendapat 200-300kg sahaja sebulan.
*Tujuan aduan yg dikemukakan pada Sgk2f adalah untuk menolong pihak pengadu mendapatkan pampasan insuran terhadap kerosakan ladang dan pokok yg telah mati..sekian untuk makluman pihak tuan.*
09/08/2017
1) tuan haji husin Ali
Pegawai kanan TSSS
2) encik Johari
Naziran HQ felda
3) encik Izham
Naziran HQ felda
4) encik wan fadzilah
Naziran wilayah kuantan
5) encik syahrul
Pengurus felda sungai panching selatan...
6) encik mazlan
Pengerusi JKKK felda sungai panching selatan..
Telah membuat pantauan dan nilaian terhadap kuari serta ladang terbabit atas aduan yang diterima dari pengadu dan juga sgk2f....
Hasil dari pantauan tersebut pegawai yang terlibat telah meminta pengadu membuat beberapa pekara iaitu...
1).. Membuat semakan kembali perjanjian yang telah dilakukan sebelum ini antara 2 buah kuari dgn pengadu(ataupn 44org peneroka) berkaitan jalan ldg yg digunakan pihak kuari utk urusan keluar masuk lori² mereka membawa hasil keluar..yg tiada hitam putihnya...
2)..bekerja sama dengan pengurusan panching selatan dalam tindakan susulan yang akan di ambil seperti memanggil pihak yang berkenaan untuk membuat kajian mineral yang terdapat di ladang pengadu...
3)..menyarankan pengadu untuk bersama felda dalam Proses penanaman semula nanti...dijangka 3 tahun lagi tanpa dibebani hutang....
4)...pihak felda berjanji akan memberi sokongan penuh bagi mengatasi permasalahan yang membebani pengadu selama ini...
Ini adalah rumusan awal yang di terima sgk2f Pahang terhadap aduan pengadu....
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
kosong
Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below▼
▼
Powered By Blogger Widgets
kosong
Tiada ulasan:
Catat Ulasan