SEKEPING GAMBAR MENTAFSIR SERIBU MAKNA
Ini adalah kali yang ke tiga berlakunya dalam masa tanaman semula di Felda Chini 04 yang diusahakan oleh Technoplant
Membiarkan anak pokok sulaman menjadi kering ,pokok menjadi rosak ,pokok menjadi terbantut....... Untuk pulih semula memakan masa sekurang-kurangnya 6 bulan atau ia akan mati terus.
Felda Chini 04 kes sulaman semula sahaja telah menjangkau 55% lebih dan perangkaan saya hampir 70%.
Tolonglah wahai Technoplant jagalah harta peneroka .......Pokok tu peneroka bayar..Nilainya hampir RM 28.00 sepokok.kalau dah ribu-ribu pokok...berapa ?.....itu baru bab anak pokok....Tidak lagi bab pembaziran membaja yang tak sampai pada sasaran......Bab meracun lagi....
Sekiranya Technoplant mengeluarkan sedikit perpelanjaan untuk membeli getah paip dan minyak enjin untuk menyiram anak sulaman ini setiap pagi dan petang saya rasa pokok ini tak menjadi begini.Bagilah saguhati pada bangla untuk menyiram ..Saya rasa kosnya lebih jauh murah daripada mati dan beli anak benih baru.
Saya terlalu sedih apabila melihat benih pokok ini.
Saya anggarkan pokok yang ada ini sekitar 40 % sahaja akan hidup dan 60 % mati .
Apabila mati order lagi dan peneroka bayar lagi.....
Tak tau nak kata apa dah......
3 ulasan:
Sdrku gaya peneroka,
Setelah menatap gambar yg disiarkan, saya hairan kenapa jadi begitu ? apakah perkara ini tidak diketahui oleh pihak atasan ?
Maaflah saya tidak faham, kerana ditempat saya, tidak berlaku kejadian seperti ini....
Jangan dibiarkan....perlu bertindak segera ......
Apa dah jadi dengan Felda. Di mana pengalaman membuka beratus ribu tanah untuk ditanam dengan sawit. Kalau benarlah apa yang dipamerkan dalam gambar ini ini Pengurus Felda Perlu menjawab soalan berikut:
1. Apakah ini semua tanda-tanda atau kesan apabila YM RM Alias sudah tak jadi pengerusi Felda lagi?
2. Pihak pengurusan Felda perlu jelaskan apa sebenarnya yang berlaku???
3. Sampai bila keadaan ini akan terus berlaku??
4. Mungkinkah Felda ingin keadaan ini terus berlaku??
"Berkata benarlah wahai pengurusan Felda sekalipun pahit"
Terkejut tengok banyak pokok sawit mati tak ditanam.Apa yang TECHNOPLANT buat kerja ni.? Peneroka patut ambil tindakan membawa perkara ini kepihak atasan Felda di Kuala Lumpur dengan membawa gambar sebagai bukti.
Pembaziran dan ketidaksempurnaan kerja yang dibuat olih Technoplant ini akan ditanggung olih semua peneroka rancangan berkenaan sebagai hutang.
Jika pihak atasan Felda tidak dapat menyelesaikan masalah ini,peneroka bolih mengadu di BIRO PENGADUAN AWAM, KUANTAN.
Catat Ulasan