Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.
“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan
SABUN MADU KELULUT.
10 ARTIKAL TERKINI
CARIAN BLOG INI
Sabtu, Mac 24, 2012
ISU FELDA DARI MAHKAMAH TINGGI KUANTAN
Dato' Ramli Ismai(merah jambu) berusia 60 tahun. Anak peneroka Felda Sg Sayong Kulai, Johor; sekampung dengan isteri saya. Hampir 30 tahun beliau menjadi Presiden Majlis Belia Felda Malaysia. Kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah KPF. Kebetulan berjumpa di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Banyak yang kami bincangkan, khusus mengenai pembelaan Gen 2 Felda. Ideologi politik yg berbeza tidak menghalang kami berbincang ke arah masadepan Felda. Keterbukaan seperti ini yg kami mau. Kami sepakat berikrar menentang petualang2 yg mahu memfaraidkan harta peneroka utk kepentingan peribadi mrk!
Defendan(KPF)- mohon diputuskan melalui Mesyuarat Agung Khas utk lupuskan ekuiti milik KPF dlm Felda Holding Bhd bernilai RM3.13 bilion kpd Felda Global Venture; sebagai balasan KPF akan diberi saham bernilai 57.8% dlm FGVH. Selepas penyenaraian, sebahagian dpd 57.8% akan diapongkan di pasaran terbuka; saham KPF dlm FGVH hanya tinggal 35% sj.
Isunya- Apakah nilai sebenar saham 57.8% atau 35% dlm FGVH? Adakah bersamaan atau melebihi RM3.13 bilion?
Adakah pemegang saham KPF telah diberi penjelasan secukupnya akan baik buruk penyenaraian FGVH memandangkan ekuiti mereka terlibat?
Di mana bancian yang mengatakan bahawa sebahagian besar dpd pemegang saham setuju utk lupuskan ekuiti kpd FGVH? Di mana jaminan, kalau ada, dlm bentuk apa jaminan yang mengatakan pelupusan ekuiti akan mendatangkan keuntungan kpd pemegang saham KPF?
Sebelum ini dividen KPF purata 14%, apa jaminan ia kekal atau semakin naik selepas penyenaraian FGVH?
Mengapa kepentingan melayu dlm KPF dan Felda mesti dibuka kpd pelabur luar?Tidakkah ia bercanggah dgn perjuangan Tun Razak dan Kerajaan sendiri?
Mengapa terburu2 di senaraikan? apa muslihatnya? Mengapa mesti sentuh aset KPF dan Tanah Felda Plantation?
Inilah sebahagian penghujahan Lawyer Haris Abdullah yang mewakili 8 orang plaintif di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Tanggal 2 April, Hakim Dato' Mariana Yahya akan buat keputusan. Mari tingkatkan munajat moga2, keputusan memihak kepada kita semua. Amin.
1 ulasan:
sial punya isa samad sama jugak yang lantik dia
Catat Ulasan