Dato' Ramli Ismai(merah jambu) berusia 60 tahun. Anak peneroka Felda Sg Sayong Kulai, Johor; sekampung dengan isteri saya. Hampir 30 tahun beliau menjadi Presiden Majlis Belia Felda Malaysia. Kini beliau adalah Ahli Lembaga Pengarah KPF. Kebetulan berjumpa di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Banyak yang kami bincangkan, khusus mengenai pembelaan Gen 2 Felda. Ideologi politik yg berbeza tidak menghalang kami berbincang ke arah masadepan Felda. Keterbukaan seperti ini yg kami mau. Kami sepakat berikrar menentang petualang2 yg mahu memfaraidkan harta peneroka utk kepentingan peribadi mrk!





Adakah pemegang saham KPF telah diberi penjelasan secukupnya akan baik buruk penyenaraian FGVH memandangkan ekuiti mereka terlibat?
Di mana bancian yang mengatakan bahawa sebahagian besar dpd pemegang saham setuju utk lupuskan ekuiti kpd FGVH?
Di mana jaminan, kalau ada, dlm bentuk apa jaminan yang mengatakan pelupusan ekuiti akan mendatangkan keuntungan kpd pemegang saham KPF?


Sebelum ini dividen KPF purata 14%, apa jaminan ia kekal atau semakin naik selepas penyenaraian FGVH?
Mengapa kepentingan melayu dlm KPF dan Felda mesti dibuka kpd pelabur luar?Tidakkah ia bercanggah dgn perjuangan Tun Razak dan Kerajaan sendiri?
Mengapa terburu2 di senaraikan? apa muslihatnya?
Mengapa mesti sentuh aset KPF dan Tanah Felda Plantation?
Inilah sebahagian penghujahan Lawyer Haris Abdullah yang mewakili 8 orang plaintif di Mahkamah Tinggi Kuantan semalam. Tanggal 2 April, Hakim Dato' Mariana Yahya akan buat keputusan. Mari tingkatkan munajat moga2, keputusan memihak kepada kita semua. Amin.


Sumber Dari SINI
1 ulasan:
sial punya isa samad sama jugak yang lantik dia
Catat Ulasan