Saya sangat-sangat berharap Peneroka yang hadir dalam
himpunan di Jengka 8 akan tersandar apabila PM kita mengumumkan durian runtuh
khas untuk para peneroka.
Dalam Rancangan pada awalnya sudah di war-warkan dalam
khabar angin akan mendapat durian runtuh sebanyak RM32,000.00 seorang .. masa
ini peneroka sebenarnya sudah ramai yang tersandar dan pasang angan-angan
kebetulan masa ini banyak syarikat kereta membuka cawangan di setiap rancangan.
Tidak lama selepas itu berita ini terpadam dengan berita
felda hanya akan beri sebanyak RM 15,000.00…Masa ini angan-angan menjadi kabur
seketika lebih-lebih lagi ada angin yang mengatakan RM10,000.00 berupa saham
dan RM 5,000.00 tunai..
Sehingga saat artikal ini di tulis jika berita ini benar ….
Sebenarnya peneroka tidak akan sama sekali tersandar apabila pengumuman dibuat
kerana peneroka sudah mengetaui lebih awal lagi…
Saya nampak ada 3 cara untuk peneroka tersandar .
Pertama.
- Beri peneroka RM32,000.00 seorang seperti khabar angin pada awalnya….
- Beri peneroka RM 5,000.00 seorang pendahuluan RM 1,000.00 bakinya tunggu pilihanraya atau hari peneroka atau selepas pilihanraya.
- Beri peneroka RM 1,000.00 seorang tunai…
Dengan ini saya sangat pasti peneroka akan tersandar…. Tersandar dalam taarif
yang peneroka sahaja tahu….
Dan terakhirnya selepas tersandar bangunlah dan pasangkan
niat dalam PRU13 nanti ..
Selamat pagi ..
Kita jumpa di jengka 8 pagi nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan