INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, Jun 06, 2012

AKTA KHAS UNTUK TAN SRI ISA SAMAD


Menteri boleh memberi pengecualian kepada mana-mana individu daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil bagi menjadi pengerusi atau ahli lembaga pengarah Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, terdapat dua syarat daripada undang-undang tersebut yang perlu dipatuhi sebelum perlantikan dilakukan.

"Tapi di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Felda, pihak menteri boleh mengecualikan sesiapa daripada mematuhi kehendak undang-undang kecil ini.

"Saya telah pun mengecualikan pematuhan undang-undang kecil tersebut kepada Tan Sri Isa (Samad) bermakna Tan Sri Isa boleh dilantik sebagai ahli lembaga oleh lembaga mereka," katanya selepas mengadakan 'walkabout' dan majlis ramah mesra warga penjaja dan peniaga kecil 1Malaysia di Jalan Petaling petang ini.

Menurut Ismail, KPF mensyaratkan individu yang hendak dilantik sebagai ahli lembaga atau pengerusi mesti dalam kalangan pekerja atau keluarga Felda yang menjadi ahli lebih dua tahun.

Ismail berkata, beliau tidak berkuasa melantik pengerusinya tetapi mempunyai kuasa untuk memberi pengecualian daripada kehendak dan pematuhan undang-undang kecil.

"Jadi maknanya, Tan Sri Isa tak perlu tunggu dua tahun sebagai ahli untuk menjadi pengerusi," kata Ismail.

Sebelum ini, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) mengekalkan keanggotaan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dalam KPF.

SKM juga memutuskan tindakan KPF menerima keahlian Isa bercanggah dengan undang-undang kecilnya tetapi tiada peruntukan yang membolehkan keanggotaan yang diterima dibatalkan.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

mr edz berkata...

pelik bin ajaib

Tanpa Nama berkata...

Apa yang peliknye.....MALAYSIA BOLEH

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong