INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Rabu, April 23, 2014

DEMO HARGA GETAH RM1.80 - 22.4.2014

 Rakyat luar bandar, kampong-kampong tradisional dan para peneroka Felda yang bergantung harap dengan hasil getah kini sedang menjerit dan memekik memanggil para pemimpin UMNO supaya lihat akan nasib yang menimpa mereka kini.
 Dulu kais pagi makan pagi kais petang makan petang ... kini sudah kais pagi makan untuk sampai kemalam.
Lihatlah mereka, tinjau-tinjaulah mereka dan jenguk-jenguklah mereka wahai para pemimpin UMNO semua ... Ingat akan jasa besar mereka .. ingat akan sokongan dan dokongan undi mereka kepada UMNO sehingga masih boleh bertahan di Putrajaya.
Kalau sudah tidak mampu dan larat .. sila turun takhta dan serahkan kepada Pakatan Rakyat.
Janganlah bila nakkan undi dan sokongan mereka baru nampak muka dan berlakun perihatin dan kesian.
Mana slogan Rakyat Di Dahulukan ... Mana kata-kata manis Tradisi Membela Rakyat. .. Mana janji BN Menang Rakyat Senang.

Kain rentang dipasang di Kg New Zealand, Maran, Pahang .. negeri Najib Razak .. negeri UMNO/BN jadi parti pemerintah semenjak Merdeka 1957.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketika harga getah jatuh menjunam dan pendpatan penroka getah merosot, bos besar felda bercuti panjang di luar negara brsama keluarga. Ini lah satu2nya ketua jabatan kerajaan paling kerap ke luar negara. Sejak mengambil aleh tampuk pentadbiran, beliau bukan saja kerap terbang ke luar negara tetapi berulang alek ke Eropah, US dll ibarat pergi membeli barang di Chow Kit. Bayangkan seorg ketua terbang menaiki 1st class dan kosnya berlipat ganda sudah tentu ditanggong oleh jabatan. Menjadi tanda tanya mengapa org besar felda terlalu kerap ke luar negara sehingga meninggalkan tugas hakiki. Bukan kah kebun penroka tanggongjwb utama felda?
Harga getah melantun jatuh menjejaskan dapur peneroka. Pihak Kementerian Komoditi sudah pun mengadakan brain storm langkah2 mengatasi dan membantu pekebun kecil getah seluruh negara. Sebaliknya felda yg dulunya kerap menjadi agensi paling ke hadapan membantu peneroka, sekarang masih terpinga2. Mengapa tiada sokongan harga seperti yg pernah dilaksanakn dulu? Bukan kah felda pernah memberi top up harga .15 sen sekilo bagi getah dan rm12.00 seton bagi sawit? Susah kah ketua pengarah felda nak buat keputusan? Mane Ahli Lembaga felda? Bukankah ramai ahli di kalangan ketua umno? Felda mesti ada dana yg banyak utk membantu penroka getah. Jangan susukan kera di hutan, anak sendiri mati tak mkn!!

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong