INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, Jun 16, 2014

5 SOALAN BAB HUDUD

5 Soalan Tentang Hudud di Jawab oleh Ustaz Aris Hazlan Ismail

"Hudud tidak boleh dipraktis selagi rakyat belum faham!"
"Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem imuniti raja-raja."
"Hudud menganiaya mangsa rogol. Perogol dilepas, mangsa rogol terkial-kial mencari saksi!"
"Kalau laksana Hudud, pelabur akan lari. Negara akan mundur!"
"Umat Islam akan menjadi umat yang dihina apabila Hudud dilaksanakan kerana orang Islam tiada tangan (akibat dipotong) sedangkan orang kafir ada tangan!"



Mereka kata:

"Hudud tidak boleh dipraktis selagi rakyat belum faham!"

Saya kata:

1. Sebaiknya, moleklah sekalian rakyat faham undang2 Hudud, tahu kebaikannya, memahami cara-cari mensabitkan kesalahan, faham cara-cara pelaksanaan hukuman, menyelami falsafahnya, beriman kepada Tuhan yang menciptanya sebelum ia dipraktis dalam negara ini. Namun ia bukanlah syarat untuk mempraktis mana-mana undang2 dalam sesebuah negara.

2. Berapa banyak undang-undang dalam negara ini diluluskan, diwartakan dan dipraktis begitu sahaja tanpa tunggu rakyat faham. Secara spontannya, tahukah anda langgar lampu merah itu di bawah seksyen berapa? Tahukah anda berapa dendanya? Tahukah anda surat saman yang diberikan polis itu wajib atau tidak wajib anda membayarnya? Tahukah anda adakah ia boleh didiskaunkan atau tidak? Banyak lagi perkara yang belum kita faham betul-betul. Tetapi ia telah dilaksanakan sejak sekian lama.

3. Dalam menggubal atau meminda sesuatu akta atau enakmen, pernahkah ia diterangkan dahulu secara terprinci kepada rakyat jelata terlebih dahulu? Dan adakah kerajaan menunggu hingga semua rakyat faham baru ia diundang-undangkan?

4. Berbeda dengan Hudud, ia dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Trengganu selepas ia diajar, diseminarkan, didialogkan, didebatkan dan diberi penerangan dalam roadshow ke seluruh negara. Bahkan pendidikan mengenai Hudud sudahpun bermula di peringkat sekolah menengah, kolej, universiti dan pondok-pondok pengajian Islam.

5. Jika masih ada lagi yang tidak faham, ia bukan lagi salah para ulama yang telahpun turun ke akar umbi memberi penerangan dan pencerahan dengan terpaksa berhadapan berbagai-bagai halangan dan rintangan.

6. Dan sekiranya masih ramai yang belum mengerti, maka ia bukan lagi alasan untuk Hudud itu ditangguhkan.

Wallahu a'lam.

Mereka kata:

"Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem imuniti raja-raja."

Saya Kata:

1. Semua manusia sama di bawah Undang-Undang Islam. Ini bersandarkan kenyataan Rasulullah SAW, "Kalaulah anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya."

2. Sistem imuniti raja-raja adalah amalan ribuan tahun di bawah mana-mana sistem pemerintahan. Hatta di zaman pemerintahan Islam dahulu kala juga raja-raja mendapat keistimewaan yang sukar dihapuskan ini. Sejarah turut mencatatkan ada raja-raja Islam yang berperangai buruk, minum arak, kaki perempuan dan sebagainya. Institusi kehakiman pula tidak berani menghukum mereka. Kata seorang rakan, 'Sebelum hakim potong tangan raja, mungkin kepala hakim itu akan terlebih dahulu dipotong oleh raja!'

3. Pun begitu, imuniti bukanlah penghalang untuk Hudud tidak dilaksanakan. Tidak ada mana-mana fuqaha' yang menyatakan 'Hudud hendaklah ditangguhkan jika negara mengamalkan sistem imuniti. Ia tetap dilaksanakan mengikut ruang kuasa yang diberikan kepada mereka. Laksanakanlah semaksima yang termampu. Dalam solat, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, silakan berbaring. Begitulah seterusnya... dan solat itu tetap mesti didirikan juga.

4. Justeru, tidak perlulah ditunggu sistem imuniti dihapuskan baru hendak laksanakan Hudud. Laksanakanlah sahaja setakat mana yang mampu. Kita berpegang kepada kaedah, ما لا يدرك كله لا يترك كله, "Apa-apa yang tidak dapat diperoleh kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya." 

Mereka kata:

"Hudud menganiaya mangsa rogol. Perogol dilepas, mangsa rogol terkial-kial mencari saksi!"

Saya Kata:

1. Secara literali, kalimah rogol tiada dalam Hudud mahupun Qisas. Ini yang menjadi hujah kepada pembenci Hudud untuk menghentam dan memburuk-burukkan Hukum Allah.

2. Namun jika diteliti jenayah yang dilakukan oleh perogol, dia boleh disabitkkan dan dihukum di bawah semua peruntukan undang-undang jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas, Ta'zir dan boleh dikenakan diyat.

a - Perogol boleh dihukum di bawah HUDUD kerana melakukan zina.
b - Perogol boleh dihukum di bawah QISAS jika membunuh atau mencederakan mangsa
c - Perogol boleh dihukum di bawah TA'ZIR untuk pengiktibaran masyarakat
d - Perogol juga perlu membayar DIYAT sebagai ganti rugi di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa rogol sepanjang hayatnya.

3. Bayaran Diyat bolehlah ditaksir oleh pemerintah berapa yang patut dibayar. Dalam banyak catatan fiqh terdahulu, disebutkan kadar diyat ialah 100 ekor unta. Jika harga unta sekarang RM8000 seekor, bermakna mangsa rogol akan menerima pampasan diyat sebanyak RM800,000. Bagaimanapun kadar ini hendaklah diputuskan oleh pemerintah dengan nasihat dari para ulamak.

4. Di bawah undang-undang konvensional, perogol dihukum dengan sesuatu hukuman, manakala mangsa rogol tiada sebarang pembelaan. Bahkan akan menderita sepanjang hayat menanggung malu.

5. Kesimpulannya, mangsa rogol adalah lebih terbela nasibnya di bawah Undang-Undang Islam berbanding undang-undang konvensional.
Mereka kata:
"Kalau laksana Hudud, pelabur akan lari. Negara akan mundur!"

Saya Kata:

1. Saya menjangkakan pelabur akan bertambah dan meningkatkan pelaburan mereka setelah melihat negara ini aman dan makmur hasil dari pelaksanaan Hudud.

2. Pelabur adalah peniaga. Peniaga adalah golongan yang mahukan keuntungan. Keuntungan sukar diperoleh jika persekitaran niaga mereka diselubungi jenayah. Maka apabila Hudud datang menyelesaikan masalah jenayah, mana mungkin mereka akan lari. Hudud bukan sekadar akan membendung jenayah, bahkan ia bagaikan baja yang akan menyubur dan merancakkan aktiviti ekonomi.

3. Untuk apa mereka lari? Adakah pelabur-pelabur itu termasuk golongan penzina, pencuri, peminum arak, perompak dan lain-lain yang memungkinkan mereka disebat, dipotong tangan atau direjam?

4. Jika mereka sememangnya penjenayah, silakan lari. Silakan berambus dari negara ini!


Mereka kata:
"Umat Islam akan menjadi umat yang dihina apabila Hudud dilaksanakan kerana orang Islam tiada tangan (akibat dipotong) sedangkan orang kafir ada tangan!"

Saya Kata:

1. Pelaksanaan Hudud bukan bertujuan untuk potong tangan orang Islam, tetapi potong tangan pencuri. Adakah semua umat Islam ini pencuri?

2. Dalam pada itupun mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri. Mahkamah perlu mengambil kira pelbagai sudut sebelum hukuman diputuskan.

3. Di dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993), terdapat 15 perkara disenaraikan sebagai syubhah yang menghalang hakim dari menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri. Ini termasuklah kuantiti barang curian yang rendah, keadaan pencuri yang terdesak kerana miskin dan lapar, keadaan barang curian yang tidak dipelihara oleh tuannya dan lain-lain. Jika salah satu syubhah ini wujud maka hakim tidak boleh menghukum potong tangan, sebaliknya perlu dibebaskan atau dihukum dengan peruntukan ta'zir (bergantung kes).

4. Perlu disedari bahawa di bawah prinsip Undang-undang Islam, hakim berperanan meneliti kes dan mencari alasan untuk mengelak dari menjatuhkan hukuman. Setelah nyata tiada sebarang alasan dan syubhah, barulah hukuman diputuskan. Ini kerana, 'Kesilapan hakim menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah adalah lebih berat dari kesilapannya tidak menghukum orang yang bersalah." Objektif perundangan Islam lebih kepada pencegahan dan bukannya hukuman.

5. Pemerintahan Raja Faisal bin Abdul Aziz pada 1964 hingga 1975 di Arab Saudi sering dijadikan contoh kejayaan pelaksanaan Undang-undang Islam, Hudud dan Qisas pada zaman moden. Beliau telah melaksanakannya dengan baik dan adil tanpa mengira golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Hasilnya, sepanjang 11 tahun memerintah negara mencapai tahap keamanan yang terbaik. Hanya 8 orang sahaja dijatuhkan hukuman potong tangan sepanjang tempoh berkenaan.
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong