INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

SABUN MADU KELULUT.

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Isnin, April 10, 2017

Isu perumahan generasi kedua FELDA jadi keutamaan


 ISNIN, 10 APRIL 2017 - 7:54AM
TAN Sri Shahrir Abdul Samad. - Foto Yazit Razali
 *HARI ini genap 100 hari,* Ahli Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad, dilantik sebagai Pengerusi baharu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), bagi menggantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang tamat tempoh perkhidmatannya sebagai Pengerusi FELDA. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam bidang pentadbiran, beliau dilihat dapat mengukuhkan kembali FELDA. Ikuti temu bual wartawan BH Ahad, ROHANIZA IDRIS dan HARYANI NGAH, mengenai matlamat dan rancangan beliau untuk masa depan FELDA. S: Antara permintaan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili peneroka dengan pelantikan Tan Sri sebagai Pengerusi adalah penyelesaian mengenai isu perumahan generasi kedua FELDA. Setakat ini, apakah yang sudah dilaksanakan? J: Saya meneruskan apa yang sudah diputuskan oleh pengurusan FELDA yang terdahulu iaitu membina 20,000 unit rumah generasi kedua di bawah Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dalam tempoh lima tahun bermula 2013 dengan sasaran 4,000 unit kediaman disiapkan setiap tahun. Namun, timbul beberapa masalah antaranya isu pengambilan tanah, kemudahan utiliti, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT). S: Selepas dilantik sebagai Pengerusi FELDA 6 Januari lalu, apa yang ingin Tan Sri laksanakan terhadap agensi ini? J: Tanggungjawab saya adalah untuk mengembalikan FELDA kepada apa yang FELDA perlu laksanakan dan memastikan yang terbaik untuk peneroka. Fokus utama FELDA adalah kepada peneroka. S: Sepanjang tempoh 100 hari memegang jawatan ini, apakah antara perubahan yang sudah Tan Sri laksanakan? J: Sepanjang tempoh ini, saya menyemak dan melihat kembali apa perubahan yang akan saya laksanakan. Saya perlu memahami kepentingan peneroka dalam pelbagai sudut, kebajikan pekerja dan kakitangan FELDA. Pada masa sama, saya mahu mengukuhkan ekosistem yang ada di FELDA dalam bentuk kejayaan dan kemampuan Koperasi Permodalan FELDA (KPF). Saya ingin memastikan hasil peneroka dapat diberikan kembali kepada mereka dan juga penstrukturan semula organisasi Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FIC) yang dilihat mampu memberi manfaat kepada semua pihak terutama peneroka. S: Apakah antara perkara yang menjadi keutamaan Tan Sri dalam menyemak semula pengurusan dan pentadbiran FELDA? J: Fokus saya adalah peneroka selain pekerja dan kakitangan FELDA sendiri. Saya mahu melihat apa masalah yang dihadapi mereka dalam pengurusan ladang dan penjualan hasil. Saya juga sedang menyemak semula berhubung pengurusan ladang peneroka oleh FELDA Technoplant Sdn Bhd (FTP) iaitu anak syarikat FELDA. Buat masa ini, FELDA menguruskan 41,000 ladang peneroka, manakala FTP menguruskan 51,000 ladang peneroka. Bagi ladang yang diuruskan FELDA, peneroka tidak dikenakan sebarang caj pengurusan berbanding FTP iaitu sebanyak RM12 sehektar yang mana RM10 dibayar peneroka dan selebihnya oleh FELDA. Saya akan meminta pengurusan mengkaji keberkesanan FTP dalam menguruskan ladang. Kita mahu pengurusan tengok, boleh tak FTP mengambil alih semua pengurusan ladang FELDA atau FTP perlu menunjukkan prestasi yang baik. Kita belum mengambil sebarang keputusan lagi dan saya akan beri idea ini kepada pengurusan FELDA. Kalau FTP menguruskan pembayaran hasil sekali seminggu juga akan dilaksanakan. Kajian juga perlu dibuat ke atas caj yang akan dikenakan ke atas peneroka. Dengan mengenakan caj, FTP perlu menyediakan nilai tambah. FTP juga akan memberi lebih banyak peluang pekerjaan dengan pendapatan lebih baik. S: Apakah yang bakal dilaksanakan Tan Sri bagi mengembalikan peranan asal FELDA? J: FELDA akan mewujudkan dana pusingan, bertujuan melancarkan pembayaran hasil mingguan itu sementara mendapat bayaran dari kilang sawit. Pembayaran hasil seminggu sekali itu adalah antara fokus utama FELDA ketika ini agar penubuhan asalnya dalam mengutamakan kebajikan peneroka, tercapai. Dalam soal kita nak pastikan FELDA kembali semula kepada peranan asalnya, sudah pasti asas utama ialah pengurusan kebun, penanaman semula, baja, penjagaan dan pembayaran hasilnya kepada peneroka. Hasil itu bergantung kepada bagaimana kebun itu dijaga. Kita nakkan yang terbaik untuk peneroka, hasil tak guna kalau pembayarannya pula ada masalah macam bayar lambat, seminggu sekali. Kita nak kembali kepada asal, kita boleh bayar seminggu sekali. Barulah bermakna hasil itu diterjemahkan kepada pendapatan peneroka. S: Koperasi Permodalan FELDA (KPF) dilihat begitu cemerlang, boleh jelaskan bagaimana operasinya dan apakah harapan serta rancangan Tan Sri mengenainya? J: KPF adalah antara 10 koperasi terbaik di Malaysia yang mempunyai modal saham sebanyak RM2.5 bilion dengan saiz dana lebih RM4 bilion serta jumlah ahli seramai 264,000 terdiri daripada kakitangan, bekas kakitangan, peneroka dan anak peneroka. Pulangan sahamnya pernah mencecah 18 peratus dan tahun lalu ahli mendapat pulangan 10 peratus. Sedikit masa lagi akan diterbitkan saham KPF1. FELDA akan terus mengekalkan KFA sebagai satu strategik untuk pelaburan yang baik untuk masa depan. S: Bagaimana pula dengan penstrukturan semula FIC. Bilakah senarai baharu Ahli Lembaga Pengarah FELDA akan diumumkan? J: Saya sudah meminta semua ahli lembaga meletak jawatan untuk penstrukturan semula. Ahli Lembaga FIC adalah terdiri daripada kalangan profesional yang tidak mempunyai kepentingan politik. Antara ahli lembaga adalah pegawai dari Kementerian Kewangan yang mana Datuk Dr Yusoff Islam dilantik Pengerusi FIC, selain itu wakil Khazanah Nasional juga menjadi Ahli Lembaga. Saya tidak terbabit dengan FIC dan tidak akan menjadi ahli lembaga pengarah FIC. Kita akan melantik sembilan Ahli Lembaga Pengarah dengan dua wakil FELDA di dalamnya iaitu Pengarah Besar FELDA dan Timbalan Pengarah Besar FELDA, tiga daripada Khazanah dan selebihnya ahli persendirian. Saya tidak terbabit langsung dalam lembaga pengarah FIC. Ini bagi mewujudkan urus tadbir yang lebih baik. Nama ahli Lembaga Pengarah ini akan diumumkan sedikit masa lagi. S: Apabila bercakap mengenai FIC, apakah rancangan Tan Sri mengenainya? J: FIC adalah anak syarikat FELDA yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti perniagaan bukan perladangan. FIC penting kepada FELDA. FIC yang ditubuhkan pada 2 Julai, 2013 pada dasarnya terbabit dalam pembangunan hartanah, hospitaliti dan pelaburan strategik yang lain. Objektif utama FIC ialah memberi tumpuan terhadap perniagaan strategik melalui pemerolehan atau kerjasama yang mungkin memberi faedah kepada syarikat dan pihak berkepentingan dalam jangka panjang. Justeru, ahli Lembaga Pengarah FIC yang baharu nanti perlu melihat kepada pelaburan yang ada, sama ada masih relevan dan terus bertahan. Kita akan terus mengekalkan pelaburan dalam Encorp Berhad, Iris Corp Bhd dan Barakah Petroleum. Ahli Lembaga FIC juga perlu melihat pelaburan dalam sektor perhotelan yang mana di London nilai aset kita RM1.2 juta. Saya tidak menetapkan sasaran tertentu tetapi jika FIC dapat melabur semula dan mencairkan aset sedia ada serta meningkatkan pendapatan mereka kepada tujuh peratus... itu sudah memadai. S: Ketika penyenaraian FGV di Bursa Malaysia pada Jun 2012, beberapa dana diperuntukkan untuk peneroka. Dalam tempoh lima tahun ini apakah faedah yang diterima peneroka daripada dana berkenaan? J: Semasa penyenaraian FGV itu, FELDA memperuntukkan sebahagian pegangan saham di dalam FGV untuk peneroka FELDA, yang mana dividen yang diisytiharkan oleh FGV ini akan diagihkan secara sama rata oleh FELDA kepada peneroka yang layak. Oleh itu, sehingga 31 Disember 2016, sebanyak RM227.46 juta atau sebanyak RM2,183 untuk setiap peneroka FELDA diagihkan. Agihan berdasarkan kepada kebersamaan dengan FELDA, duit raya, bayaran insentif produktiviti peneroka, bonus insentif produktiviti peneroka (BIPP), dividen FGV, khairat kematian iaitu RM10,000 untuk bersama FELDA dan RM6,500 untuk tidak bersama FELDA. S: Antara permintaan pertubuhan bukan kerajaan yang mewakili peneroka dengan pelantikan Tan Sri sebagai Pengerusi adalah penyelesaian mengenai isu perumahan generasi kedua FELDA. Setakat ini, apakah yang sudah dilaksanakan? J: Saya meneruskan apa yang sudah diputuskan oleh pengurusan FELDA yang terdahulu iaitu membina 20,000 unit rumah generasi kedua di bawah Projek Perumahan Generasi Baru FELDA (PGBF) dalam tempoh lima tahun bermula 2013 dengan sasaran 4,000 unit kediaman disiapkan setiap tahun. Namun, timbul beberapa masalah antaranya isu pengambilan tanah, kemudahan utiliti, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri. Perkara ini timbul kerana pengurusan yang terdahulu tidak mendapatkan kerjasama dengan syarikat utiliti, PBT dan kerajaan negeri kerana mereka merasakan boleh melaksanakan secara bersendirian, sedangkan isu berkaitan tanah adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dan mana-mana projek pembangunan perlukan kelulusan PBT, begitu juga dengan syarikat pembekalan utiliti. Bagi mengelak kelewatan sedemikian, maka saya sudah pun mengadakan pertemuan dengan beberapa Menteri Besar antaranya Menteri Besar Pahang; Negeri Sembilan; Johor dan Kedah. Insya-Allah selepas ini akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Perlis dan Perak serta Terengganu. Fasa pertama PGBF ini membabitkan 8,454 kediaman. FELDA secara berperingkat akan menyerahkan kepada generasi kedua peneroka yang mana ada generasi kedua sudah pun menerima rumah mereka. Pada masa sama, FELDA memperkenalkan satu lagi skim perumahan kepada generasi kedua FELDA melalui PGBF. Kami bekerjasama dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) menawarkan kediaman seluas 700 kaki persegi hingga 1,000 kaki persegi dengan keluasan tanah 3,000 kaki persegi. Kediaman ini ditawarkan dalam bentuk banglo satu tingkat berharga antara RM45,000 hingga RM65,000 dengan kadar faedah rendah. Kita sasarkan 20,000 unit kediaman dibina melalui skim Rumah Mesra Rakyat ini dengan 5,000 kediaman disiapkan penghujung tahun ini. Dalam kerjasama FELDA dan SPNB ini, FELDA tetap membangunkan infrastruktur untuk projek perumahan, manakala generasi kedua menjadi pemilik kediaman melalui pembiayaan mudah dengan SPNB. Kita memilih SPNB kerana syarikat itu memiliki projek yang sesuai dengan generasi kedua FELDA. Saya akui soal tanah dan kelulusan pembangunan tanggungjawab kerajaan negeri dan PBT, jadi sebab itu saya mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar bagi melancarkan lagi PGBF. FELDA dan SPNB akan menandatangani perjanjian berkaitan perkara ini tidak lama lagi. S: Bagaimana pula dengan peranan Syarikat Perumahan Felda Sdn Bhd (PFSB) dalam projek PGBF dan baru-baru ini dilaporkan mereka mengalami kerugian lebih RM600 bilion? J: Pada dasarnya ramai yang melihat wujud kerugian RM600 bilion di pihak Syarikat Perumahan Felda Sdn Bhd (PFSB), namun hakikatnya RM600 bilion itu adalah subsidi FELDA kepada generasi kedua dalam PGBF. FELDA terbabit secara tidak langsung membangunkan infrastruktur untuk projek perumahan yang dibina. Perlu difahami semua, pembabitan FELDA dalam projek perumahan ini bukannya membangunkan projek pembangunan komersial tetapi lebih kepada projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) demi kebajikan generasi kedua peneroka FELDA. Ini bukan kerugian perniagaan dan ini ada subsidi sosial. S: Boleh Tan Sri jelaskan keseluruhan subsidi yang ditanggung FELDA melalui PGBF? J: Untuk fasa pertama bagi pembinaan 8,454 unit kediaman, FELDA membelanjakan kira-kira RM690 bilion subsidi. Tambahan 20,000 unit kediaman lagi lebih cepat disiapkan kerana sudah ada kerjasama serta kelulusan daripada kerajaan negeri dan PBT. Kita jangka pada 2018, keseluruhan 28,454 kediaman dapat disiapkan melalui program PGBF dengan kerjasama SPNB dan kerajaan negeri. Nilai keseluruhan subsidi dijangka berkurangan dengan ada penyertaan SPNB. Pada fasa pertama PGBF kira-kira RM82,000 disubsidikan untuk satu unit rumah kini dikurangkan kepada RM30,000 bagi satu unit. Bermakna hanya RM60,000 subsidi bagi satu kediaman. Penyertaan SPNB bermakna warga FELDA tidak terkecuali dalam projek kerajaan membantu rakyat memiliki kediaman sendiri. S: Bagaimana pula mengenai hutang yang ditanggung peneroka FELDA dan ada yang mendakwa mereka berhutang sepanjang hayat? J: Pinjaman peneroka kepada FELDA ini adalah berkaitan dengan Pendahuluan Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil yang diberikan FELDA untuk peneroka menyara kehidupan mereka sementara menunggu hasil tanaman. Hutang pinjaman peneroka kini mencecah RM5.1 bilion yang mana ia berkaitan dengan sara hidup, pendidikan, pembesaran rumah dan keusahawanan serta saham. RM3.70 bilion adalah hutang berkaitan sara hidup dan pendahuluan hasil. Semua pinjaman ini mengenakan kadar faedah rendah. Kadar faedah juga bergantung kepada harga komoditi. Jika harga komoditi rendah kita juga akan rendahkan kadar faedah pinjaman. Bagi peneroka yang masih dalam FELDA, ada sistem khusus yang membolehkan mereka membayar balik pinjaman secara automatik selepas ditolak kadar hasil yang diperoleh mereka. Masalahnya sekarang untuk mendapatkan bayaran balik daripada mereka yang sudah keluar daripada FELDA. Namun, saya yakin ini dapat diselesaikan selepas kita menawarkan bayaran balik hasil dan sara hidup secara mingguan bukan lagi bulanan. Ini yang menjadi kebimbangan mereka sehingga mereka keluar daripada sistem FELDA. Jadi saya percaya dan menyeru mereka menyertai kami kembali. S: Bilakah pembayaran dana pusingan atau bayaran balik hasil dan sara hidup ini akan dilaksanakan? J: FELDA akan memulakan semula bayaran mingguan itu secepat mungkin. Sekarang kita dalam proses mengemas kini akaun peneroka. Hanya satu peratus akaun yang masih belum selesai tetapi kita percaya ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat. Kita kemas kini akaun peneroka tengok berapa hutangnya, berapa pendapatan dan tunggakan untuk melancarkan semula proses pembayaran hasil secara mingguan ini. Untuk melaksanakan pembayaran secara mingguan ini, peneroka perlu mempunyai akaun bank kerana segala pembayaran akan dimasukkan ke dalam akaun. S: Apa lagi dasar dan pendekatan Tan Sri dalam membawa transformasi kepada FELDA? J: Saya mengukuhkan lagi kedudukan unit naziran di dalam FELDA bagi membolehkan semua aduan terus dikemukakan kepada unit berkenaan tanpa perlu melalui pelbagai lapisan pusat aduan yang sebelum ini menjadi amalan dalam FELDA. Langkah ini membolehkan tindakan diambil dalam tempoh 48 jam selepas aduan diterima yang boleh disalurkan melalui rangkaian media sosial. Sebelum ini, aduan atau sebarang rungutan perlu melalui pejabat wilayah, negeri sebelum sampai kepada ibu pejabat. Terkini, FELDA juga menjawab semua isu semasa melalui laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Kami mengukuhkan kumpulan media sosial dan menjalinkan hubung dengan media massa. Kini FELDA lebih terbuka, responsif mengikut peredaran masa serta perkembangan semasa. Saya juga cuba menukar perubahan minda dalam kalangan pegawai FELDA untuk menggunakan pelbagai saluran bagi penyelesaian masalah. S: Bagaimana dengan perkembangan pembelian pegangan dalam PT Eagle High Plantation Tbk (EHP) Indonesia? J: Pegangan dalam syarikat perladangan terbesar di Indonesia itu adalah pelaburan strategik FELDA untuk jangka masa panjang. Tiada yang salahnya dengan pelaburan ini walaupun ramai yang mendakwa kita membeli pada harga yang tinggi. Syarikat itu sangat besar dan operasinya dijalankan secara teratur. FELDA melakukan pelaburan yang sebelum ini turut dilakukan syarikat peladangan lain di negara ini yang ada pegangan dengan syarikat dari Indonesia seperti IJM, Sime Darby dan TH Plantation. Penting bagi FELDA untuk mempunyai ladang yang besar kerana bukan mudah untuk mendapat kerjasama dan pelaburan sedemikian berikutan banyak kekangan, peraturan daripada kerajaan republik itu. Kita difahamkan Presiden Indonesia sangat menyokong usaha terbaharu ini yang memberi dimensi baharu dalam industri minyak kelapa sawit untuk kedua-dua negara Malaysia-Indonesia dan di rantau ini. Kita baru saja menerima kelulusan pihak berkuasa berkaitan (Malaysia dan Indonesia) dengan pembelian pegangan dalam EHP. Namun, pengambilalihan itu belum selesai sepenuhnya dan kita harap semuanya selesai akhir bulan ini.

Selanjutnya di : https://www.bharian.com.my/node/269943?m=1
Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong