INI BLOG PENEROKA FELDA ADMIN HANYA MENYOKONG GERAKKAN ISLAM ALIRAN SUNNAH WAL JAMAAH SAHAJA

"Felda untuk Felda dan Generasinya"
Orang luar boleh masuk tapi di bawah kuasa Felda ..
Bukanya masuk untuk menguasai Felda.

“Dalam Isu FELDA
Berkaitan Ketidak Puasan Hati,
Komplen Dan Rungutan
Didalam Blog Ini
Ia Terlebih Dulu Telah Dibawa Berunding
Diperingkat Rancangan

MADU KELULUT CHINI 4

10 ARTIKAL TERKINI

CARIAN BLOG INI

Memuatkan ...

Sabtu, April 30, 2011

PENEROKA DI PERBODOHKAN

Pagi tadi aku pergi mesyuarat JKKR hadir sama pengurus kilang sawit yang telah diundang oleh pengerusi JCC untuk memberi taklimat berkaitan BTS,perahan dan kilang itu sendiri.
Antara penerangan yang diberikan ialah pembesaran kilang dengan kos yang berjuta RM yang dulunya kilang tersebut ada ura-ura untuk ditutup kerana berdekatan dengan perumahan peneroka.
Tapi penerangan yang aku rasa dan peneroka di perbodohkan ialah berkaitan dengan akad jual beli BTS dengan peneroka,dengan selamba beliau berkata "semua BTS yang dibeli dari peneroka sudah diakad jual beli dan peneroka tidak ada hak untuk ambil kembali"yang dimaksudkan ialah BTS yang di reject".( selanjutnya baca disini )
Ayat inilah yang paling memperbodohkan peneroka ..BUKANKAH BTS yang direject akan di tolak timbangan..? ( selanjutnya baca disini ) juga disini.
Semasa taklimat di keratong 9 soalan ini telah timbul dan jawapan dari pehak kilang ialah kilang tidak ada masaalah sekiranya peneroka ingin mengambil BTS yang di reject tapi masaalahnya ialah pehak Felda sendiri tidak membenarkan ..mana satu peneroka nak percaya ?
Masaalah seterusnya berkaitan sistem greding MPOB cara biji relai dan pehak kilang guna sistem torehan mengapa ada perbezaan ?( selanjutnya disini ) jawapan dari pehak kilang ialah "kilang tidak mengakui mengunakan sistem torehan" sehingga seorang kontrak BTS bangun
mengatakan semua BTS yang diangkutnya banyak ditoreh dan akhirnya diakuinya...
Mengapa apabila ada penekanan baru mengakuinya...?

Untuk makluman peneroka semua selama ini kita diberi penerangan mengatakan JCC adalah satu badan yang tidak ada kaitan dengan kilang ia badan bebas dari pengaruh kilang dan JCC ada kuasa atas BTS yang tidak dipengaruhi oleh pehak kilang ...
Sebenarnya dalam ALP JCC ialah selain dari pengurus rancangan,naib pengerusi dan pengurus Techoplant dalam setiap rancangan PENGURUS KILANG ITU SENDIRI ADALAH ALP JCC dan dia ada kuasa Veto dalam JCC jadi tidak mustahil sekiranya kakitangan JCC sering simarahi ,diberi amaran atau dibuang sekiranya tidak ada kerjasama dengan pihak kilang sendiri..

Jadi tidak mustahil sekiranya ada BTS luar yang tidak berkualiti dipaksa terima..
Memang selamanya peneroka ditipu........

Kalau betul JCC badan bebas Pengurus kilang hanyalah sebagai pemerhati apabila ada mesyuarat JCC diadakan dan pengurus kilang tidak ada kuasa untuk menandatangani segala dokumen JCC.


Stumble
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

4 ulasan:

Sinaran Rompin berkata...

Sebahagian besar buruh Indonesia potong buah sawit peneroka kejarkan 'tan '.

Tuan ladang pula tidak pernah pantau, duduk rumah dan kedai kopi sembang. Ikut suka buruh buat kerja.

Apa lagi, buah (BTS) muda pun mereka hentam potong. Kesudahan~ nya yang kena tanggung rugi peneroka juga.

pakupayung berkata...

Nampak~nya Felda Industries (Kilang) kena buat 'PERADUAN HANTAR BTS MASAK KE KILANG'.

Hadiah proton 'Exora' dan lain~lain hadiah lumayan.Tentu mereka akan berlumba rebut peluang untuk dapatkan hadiah.

Dengan ini ramai peneroka masuk ladang dan sedaya upaya akan hantar buah masak saja.

Tanpa Nama berkata...

Saya cukup tertarik dengan kebenaran mengenai kilang yang ditulis dalam gaya peneroka.
Saya nih bekas pengurus kilang sawit felda (FPISB), Si Kadir tu pun saya kenal sangat. Tapi dia mangsa keadaan je.
Buah luar memang dah ada perjanjian ngan HQ ngan Zon, kena beli KPG fixed, kalau tak nanti dia akan lariii.... Lepas tu EQI pulak, mana hak rajin sungguh memang dia akan rejek tapi gaji EQI nih dibayar oleh kilang, kilang pulak nak buah sebab nak turunkan kos/mt , memang kadang2 pengurus bantai depa EQI nih.

Masa saya dulu jadi pengurus, saya selalu bagitau kat greder/ EQI, check buah betul2 , buah luar ke atau peneroka , kena jujur gred buah, kalau tak nanti kat akhirat camana saya nak jawab?
Ada pengurus kilang buah peneroka dia tekan habis2 , buah luar dia biar je, sebab nak dapat untung KPG ngan KPS. Sebab kebanyakan buah luar nih teruk sungguh , tapi diorang nak dibayar KPG tinggi , so nak balance kan bayar KPG tinggi , tekan lah buah peneroka... Astaghfirullah... sebab tu bila saya jagi saya manager..saya tak buat gitu...sebab memang salah dan berdosa....

Bab buah muda yang direject.. saudara kena bagitau kawan2 seluruh malaysia, pi tengok buah reject tuh, masuk ke dalam tempat pelupusan ke atau tidak... sebab kadang2 dia masuk, kadang2 dia tak masuk...sebab buah tu ada minyak lagi cuma tak banyak je dalam BTS tuh, kernel dalam tuh memang boleh diambil balik..kadang2 dia masuk lam proses, terutama belah malam...untung atas angin..tapi bukan hak kilang , tapi kepunyaan peneroka..dosa lagi..ish berat sungguh jadi pengurus nih.

Teruskan usaha saudara, jelaskan lagi pada semua peneroka.

Askm

BekasPengurus

gayapeneroka berkata...

terima kasih pada semua yang memberi konem pada saya dalam bab ini ..
terutamanya pada bekas pengurus kilang tersebut....sebenarnya ramai peneroka tahu tapi tak ada bukti..apabila peneroka bising pihak kilang nak bukti membuatkan peneroka mati angin...

kosong

Receive all updates via Facebook. Just Click the Like Button Below

Powered By Blogger Widgets

kosong